Bila mana suatu masa tibatiba datang..
dan tidak semena-mena rasa rindu dan sayang itu datang...
apa yang kau akan buat??
'Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Oh, mungkin juga aku masih mempunyai nombor telefonnya. Aku mungkin akan menghantar teks pesanan menggunakan nombor aku yang tidak pernah dia tahu kewujudannya.'
Apa riaksi dari sidia?
'Oh, dia hanya membalas dengan setenang yang mungkin. Tetapi tidak pula ditanyakan siapa empunya nombor.'
Kau tidak merasakan sesuatu yang kau buat itu sebagai satu 'tindakan bodoh'?
'Pernah. Tapi siapa aku untuk menipu perasaan sendiri?? Cukupcukup dengan segala penipuan yang aku telah buat pada diri aku ini. Aku tidak mahu berterus-terusan menjadi seorang penipu pada diri sendiri. Ianya menyakitkan...'
Pernah dia cuba untuk menghubungi kamu?
'Pernah. Tapi aku tak pernah menjawab panggilannya. Tidak mahu untuk jatuh cinta untuk yang kedua kali pada orang yang sama. Bukan aku tidak mahu. Tapi aku sakit. Aku tinggalkan dia dahulu kerana dia membuatkan aku lupa diri. Aku hanya menganggap hanya dia ada dalam dunia aku. Tiada orang lain. Sedangkan aku mempunya ibubapa, adik, saudara mara, rakanrakan dan sebagainya... Aku tinggalkan dia kerana aku rasa aku tidak mampu untuk memahami dia sebaik mungkin'