Pages

Sunday, June 19, 2011

Hantu la kau!

Celaka pulak aku rasa bilamana kau tibatiba datang dan menetap dalam dunia mimpi indah aku.
Watak kau masih juga sama. Tempat pertemuan jua masih lagi tidak berubah.
Dan keluarga aku masih lagi tidak melihat kamu dengan pandangan mata kasar.
Cuma dia, si kawan setia ku yang mampu menyedari kamu.
Dia berpurapura tidak menyedari itu semua. Tapi itu semua tak lama, bila dia terlepas cakap mengenai ketampanan kamu dan juga ketinggian kamu.

Pergi ke insan lain boleh?
Aku dah tak mampu nak terima kunjungan kau.
Dalam diam, buat aku tidak menentu.

Sunday, May 1, 2011

Tips Tidur Nikmat

Dah rase sejuk tue, gagahkan diri untuk bangun & pasang plak kipas-super-best milik roomate.
*mujur dia balik rumah dia weh*

Oh ya, betul la apa yang korang baca tue. Bukan off kipas tapi pasang kipas milik roomate plak. Maknanya sekarang nie ad dua kipas la yang sedang berfungsi kan??

Pastu,
Amek stoking-korea-kawaii yang boleh dapat kat Cameron Highlands 3 pasang RM10 tue....
Pakai kat kaki. Ye, ini bukan stoking tangan ye kawan-kawan. Makanya, pakai la di kaki.

Pastu,
Bentang selimut selebar-lebar alam. ok, hyperbola sangat ayat
Dah??

Last step,
Guna selimut tue dari paras bahu hingga paras pinggang je.

Try ar.
Itu cara paling nikmat aku tidur.
Kalau dah posisi camtue, jangan harap orang lain boleh kejut aku weh.

Ok kengkawan.
Selamat Mencuba.
:D

Wednesday, April 20, 2011

Nurr Ain Syuhada




hari2 nak duduk melekap.
Kalau nampak camera lagi la dia ligat.
Letih nak layan.
Itu la racun. Itu la penawar.
:)

Hari baik. Mood baik.


Wednesday, March 9, 2011

Mengenakan diri sendiri

Pernah rasa tak perasan yang bilamana korang beria-ia online semta-mata untuk update entri but ended up korang berblogwalking dan serta merta rasa mengantuk bila dah habes baca kesemua entri baru orang lain.

Pernah??
Pernah??

Aku pernah.
Dari dulu sampai sekarang.

*Sakit hati dengan diri sendiri*

Saturday, March 5, 2011

Confession of a broken heart

Afraid of what?
Afraid of losing you?

After all that you have done to me, i hardly feel the exact feeling of losing someone.

And why did i say so? 
Because you make me feel it all the time. Yes, all the time.

Enough is enough.
I can't barely take it no more.

Go on with your life. 
As for me, life must go on.

And please don't say you love and miss someone is you don't really mean it.
For God sake, don't say it. 
I know that its only words but those words do deliver your feeling as well.
THOSE WORDS REPRESENT YOU!
But as for now, I just cant feel it no more.



Saturday, February 26, 2011

God won’t ask... but



God won’t ask the square footage of your house, 
but will ask how many people you welcomed into your home.

God won’t ask about the fancy clothes you had in your closet,
but will ask how many of those clothes helped the needy.

Monday, February 14, 2011

Rokes

Thursday, February 10, 2011

Alluring facebook skin!!

Nak facebook skin ceni tak??
nak tak??
nak tak??




Saturday, February 5, 2011

Dendang Ketenangan Dunia


Terapi dikala kecelaruan dan kebingunggan hanya kamu.
Hanya kamu dan tiada yang lain.
Mungkin sampai bila-bila.
Mungkin juga sampai mana kau mampu menenangkan aku.


Thursday, February 3, 2011

Rumah untuk disewa

Masih lagi di rumah bt10... berdua dengan adik. Kami main kemas2 umah.
*eh, ad ke main kemas2 umah?? bantai~*

Rumah, kalau dah fully furnished, mmg tak jadi ape la kalau tuan dia tak duduk.
Tuan dia nak bagi sewa tapi anak dia yang gedik2 tak bagi. Bukan ape, dia kate, dia sendiri pun tak duduk beria, nikan pulak nk jadi umah sewa~ besar kot bungalow umah nie. Dia pun tak puas lagi jadi interior desinger tok bilik dia.
*padahl bilik tue cuma ada almari ltk buku + katil + 2 kotak-ltk barang-ntah-hape2. ek elleh.. (-.-)*


Tuesday, January 25, 2011

Milim

Saya suka bila awak nyanyi untuk saya.
Biarpun lagu tue je yg selalu saya mintak awk nyanyi, tapi awk tetap layankan saja.
Awak selalu marah saya, kata lagu tue lagu sedih...
Tapi saya tetap nk awak nyanyikan.
takpekan??

Dodoikan saya tiap malam dengan dendang yang sama. Jangan pernah jemu ya.
:)

Saturday, January 15, 2011

Skrip-skrip kehidupan


Kisah kasihsayang mendalam aku hanya berdasarkan skrip-skrip yang si polan ini buat.
Sekejap aku suka, sekejap lagi aku kembali sakit hati.
Ouh, Kadang-kadang aku rasa gembira tak terkata & kadang-kadang aku menangis dalam hati.
Kenapa?

Sebab itu dunia aku.
Orang lain takkan faham dengan dunia kita kan??

p/s: Kau juga punya dunia kau yang tersendiri kan?? Terpulang pada kau untuk berkongsi atau simpan sahaja dalam hati sanubari. Pilih yang terbaik. :)

Wednesday, November 17, 2010

#8

Day 08- Short term goals for this month and why.

Saya hanya nak kerja untuk belanja hari2.
So that, saya x payah nak mintak duit blanja kat sapa2.
Kan??
Kan??
:)
Saya nak kumpul duit.
Nak beli lense baru.
Jeles saya tengok orang lain ad lense yang lebih power.
tsk~tsk~
Sabar haulahati. Sabar. Allah bersama dengan orang yang sabar.

Harap sangat segala usaha saya selama ini akan berhasil.
Moga2 result saya dan kawan2 yang lain adalah seperti yang diharapkan.
Amin~
:)
Blogger Templates

#7

Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.

Tsk~ Quest gile babi la menyayat hati.
Dah banyak kali dah saya post entri yang ala2 mcmnie.
Sila la roger balik entri lama.
Bukan malas untuk menaip.
Cuma saya rasa sedih saya tiada penghujung kalau ingat kat dia.
Sekali sekala bayangan dia punca kekuatan saya.
Tapi kehadiran saya banyak mengajar saya erti hidup di dunia yang penuh pancaroba.
Bila lagi nak belajar kepayahan hidup kalau bukan dari usia mentah.
kan??

Nah, saya sertakan sekali entri mengenai dia.
Ya...Ya... dah ad gambar sekali.
X payah tanya gambar baru.
Tamau jadi stalker dah.
:(


Blogger Templates

#6


Day 06- Favorite super hero and why?

Super hero ini boleh orang ka kartun ka?? hoho~
Saya kasi pilih itu kartun juga boleh ka??


Superhero saya adalah Ninja Turtle!!
yeah!!

Errrrr~ Saya tatau nak explain cane...
Tapikan. orang kata, kalau kita suka apa2, kita tak perlukan sebab/alasan untuk menyukai. hoho~
So, saya guna alasan ini abang halim!!!

p/s: saya ad bantal peluk gmbr ninja turtle la kalau nak tau. Anda ada?? mesti tade.
Bluwek!!!
:p


Blogger Templates

Sunday, November 14, 2010

#5

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.

Tiap-tiap tahun kami pergi Cameron. Baru2 nie, mase 17.10 naik Cameron, pastu, masa deepavali naik lagi. Skang nie tunggu Christmas plak eh.Kiraorang akan berjimba kat sana sela 4-5 hari. Nie memang aktiviti tahunan kitaorg. tiap2 tahun mmg pergi Cameron je.

Taknak pergi tempat lain ke? X bosan ke pergi tempat yang sama??

Pernah pergi tempat lain tapi turn out to be percutian itu telah membuatkan kami penat yang lain macam + memudaratkan kesihatan & juga proses meng'tan'kan kulit secara berjemaah. hahaha~ :D. Kitaorg punya aktiviti tahunan ini bertujuan untuk berkumpul beramai-ramai, tido puas2, makan banyak2... tue je... memang rilek gile2 ah... :)

Arrr~ silalah tengok vids di bawah. Saya dah siap edit baek punye... pastu masa nak upload, tetibe x boleh. sakit hati kan?? Kentot betul la.... Sudahnya, segala pic yang telah sempurna diedit oleh pengedit amatur ini telah di compile menjadi sebuah vids. Sila tengok dan terima seadanya ya.

p/s: Gambar masa g Cameron during Deepavali banyak yang korup. sakit hati x sudah. Takpe, kita tunggu beratus2 gambar masa Christmas plak eh. Adiosa.
:P





Blogger Templates

Saturday, November 13, 2010

#4

Day 04- A habit that you wish you didn’t have.

Saya punya perangai kurang senang yang agak banyak.
Cuma saya berharap yang saya xda perangai GIGIT KUKU...
Ye, gigit kuku ye kawan2..

huuu~

okeh, blogspot malam nie macam xnk bg saya menaip banyak2. sakit hati tau..
:(

Blogger Templates

Friday, November 12, 2010

#3


Day 03- A picture of you and your friends.

Tsk...Banyak sangat gambar saya ngan kengkawan saya. Masing2 punya kenangan yang berbeza weh~ xpe, saya pilih yang paling best je....

*Drumroll*

Dari kiri-kanan
Yob, Jane, Pika, Zira, Teera, Tuan empunya blog, Ecah, Sima & Fendi.

Ini gambar mase Family Day dekat Pangkor haritue...
100% ditanggung oleh pihak fakulti..
Weehu~
Terima kasih pada Pengurus projek dan seluruh ahli projek yang bertanggungjawab.
:)

Dorang nie sebenarnye, adik-adik saya yang mereng saya sayang...
Mula kenal dari mula2 masuk Uitm lagi...
Skang kitaorg nie bru habes sem 2..
fuhhh~ lega gile dah habes paper...

Tak nak cerita ke pasal dorang??

Oke, mari saya mula penceritaan mengenai mereka...

Yob tue nampak je skema royon gitu...Sebenarnye dia koya!!! erk~ matila kena marah gan yob... Dia nie pesen rilek2 je tapi kalau dia sentap, nampak sangat weh.... Bila tanya, xnak ngaku.. hohohohoh~ Yob, along nie bukannye baru kenal awk... lama dah tau kenal awak. faham sangat perangai awak...

Jane nie pulak asal dari Sarawak. The one & only yang non-muslim. Tapi dia oke je. Hormat kitaorg yang muslim nieh. Sebab kakak dia ada sorang yang dah convert. kan Jane kan?? Jane nie, kitaorang suka usik dia, sebab dia nie pesen melawan balik. Tapi kadang2 x tahan gak, rase nk sumbat mulut dia dengan pape semata2 nak bagi dia senyap. hahah~ Jangan Marah ye Jane. ngeeee~

Pika nie pulak aaaa....hurmmmm~ cane eh nak cakap.. Aaaaaaa~ dia nie pesen kalau nak marah, bagi je sebijik. Ganas weh minah nie. Ikot suka dia je nak wat pape pon. Boleh nampak keganasan dia tue bila dia ad kt kedai makan. Kalau lambat sket, mmg dia tunjuk habis kegangsteran dia tueh.. hohoho~

Zeera.... Oih.... dia nie nampak je senyap. Tapi dia kepochi tau tak??? huahuahuahua~ Dia nie kira makcik lawak dalam group kitaorg... Sekali dia buat lawak, mmg susah la dia nak berhenti. Ouh, dulu2 dia selalu kena ngan kitaorg sebab dia nie ala2 blur sket, tapi skang susah sket la sebab dia dah pick up dr dulu. Bagus kan?? Ad peningkatan. :D

Teera yang rock tapi hati halus. Huh...jangan tak caye lak stetmen saya itu. Belum g tengok lagi blog dia yang berbahasa itu. Seronok sangat bila baca. Sampai terbawak2 emosi bila membaca entri dari blog dia. Dia kasar tapi dia baik hati. Pastue kan, saya suka kacau dia sebab dia takut bila kena usik tentang hal yang satu. Dia punya adik lelaki yang chumel sangatttt~ Tapi sayangnya saya ini tidak berapa peramah, so, xde la rapat sangat ngan dia...

Baju merah tue saya.So, xyah cita la eh. Previous entri ad mcm2 cite pasal saya. Nak tahu, sila godek sendiri. :P

Ecah ini kenalnya dari zaman diploma kat KPMIM. Tapi kitaorg setakat 'hye2bye2' je. Lagipun, kitaorg lain geng masa tue. Tapi itu dulu. Skang kamceng dah. heeee~ Rugi kan kita tak rapat dari dulu kan kucah kan?? Haaaa~ Kucah tue nama manja dia... Jangan tanya macamane dapat nama Kucah itu sebab itu rahsia kerajaan mak datin. hohoo~

Yang vouge sangat dalam gambar tue namanya Sima. Dia paling manja. Tapi kadang2 sakit hati ngan manja dia. Rase nak bagi je tamparan kasih sayang. hohoho~ Tipu je sima... Jangan Terasa lak tau. ALong cepuk jugak jap lagi. Sima nie seorang yang addicted to korean stuff. x kira la pape. lagu ke, cerita ke, pelakon ke... mcm2 la yang dia minat.

Haaaaa~ Yang last sekali tue namanya fendi. Dia nie kira macam abang ar dalam group kitaorg. Abang yang kuat potpet. Boleh gitu?? hoho~ Jangan marah tau fen... Along juai hang jap g. Fendi nie orang utara, orang kedah. Skang nie slang utara melekat sebab dia la... pekat sgt slangnya.... sampai senior pon suka usik dia guna slang kedah. Dia nie jenis boleh harap tau. Sebab tue la dia jadi class rep.. kan fen kan?? Fendi ni peminat siti nurhaliza. Sikit2 Siti. Sikit2 Siti. Sampai rase nak ajak dia datang umah kt Lipis tue... Boleh bawak dia g tengok umah Siti. Biar puas hati dia haaaa~

Oklah kawan2..Letih dah nak merepek. Semua yang saya tulis di atas adalah based on true story... [wah gituuuuuu]

To Ecah, Sima, Fen, Yob, Teera, Zira, Pika & Jane thanks for accepting for who i am. Sayang korang sampai mati weh!!!


Blogger Templates

Thursday, November 11, 2010

#2

Day 02 - The meaning behind your blog name.

Dulu2, blog nie dinamakan sempena nama sendiri. Pertukaran baru je dilakukan baru2 ini. Sebab ramai sangat yang nama Farah Diana. bukan tak suka nama sendiri tapi bila dah ramai sangat yang punya nama yang sama, automatik nilai tue tak tinggi sangat. Nilai amende plak kan?? Maksudnya disini, nanti ad orang salah faham dengan blog lain. So, saya tukar la jadi Haula Hati.

Kenapa Haula Hati??

Haaa.... Ini ramai gak yang bertanya. Haula Hati = Rasa Hati. Kalau guna Rasa Hati, nampak dull sangat kan?? Macam direct terus ke makna yang ingin disampaikan. So, Haula Hati digunakan untuk membuatkan kamukamu semua terfikir2 makna sebenar Haula Hati. Lagi satu, sebutan Haula Hati lagi best kan kalau nak dibandingkan dengan sebutan Rasa Hati??heee~

Asalnya nama Haula Hati nie adalah salah satu dari entri yang ad dalam blog nie.

Mana dapat idea nak buat entri tajuk Haula Hati??

Saya ini sebenarnye seorang yang suka kaji kamus. Tak kira la kamus apa. Tapi selalu obses dengan Kamus Dewan la. heee~ Jangan tanya kenapa obsess tapi dah dari kecik centu. tak tau kenapa.... Bila jumpa perkataan yang jarang guna @ x pernah jumpa, memang saya akan conteng perkataan tersebut dalam buku khas... Pastu, bila ad masa, akan belek balik buku tue... Itulah punca guna Haula Hati..

Kata ada entri, mananya??

Haaa~ nak baca?? Sila la click sini. Jangan pening tau baca entri tue sbb bhasa dia agak sastera sket... huhuhuhu~

Ok, tue je la kot. Eh, lupa nak bagitau.
Saya dah habis final exam!!!
weeee~
:)

Blogger Templates

Wednesday, November 10, 2010

#1


Mari mulakan hari ini dengan cabaran yang di ambil dari blog Kak Dayu.

Day 01 -A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Gambar diambil pada 1 Nov baru2 nie. Sambut besday ngan nugget + drummet & air choc. Takde masa nak kuar. Sibuk ulangkaji pelajaran. kononnye la...


So, mari kita teruskan dengan sesi penyahtinjaan mengrevealkan fakta.

1. Saya garang.
[berpuluh kali la ulang perkara yang sama]

2. Saya suka bersastera.
[blog nie pon more to luahan perasaan dengan menggunakan laras bahasa yang agak susah untuk difahami.]

3. Obses dengan handphone, laptop, camera, sling bag & sneakers.

4. Saya punya impian untuk cuba bungee jumping.
:)

5. Pantang orang cari pasal, darah memang mendidih je.

6. Nampak je kental, tapi jiwa halus.
[dah nama pon perempuan.kan?]

7. Suka sangat dengan reptilia especially ULAR. & jangan pernah cuba untuk nyakat saya dengan menggunakan ulat sampah. Ye, ulat sampah. saya geli!!!
[dr dulu mintak nk bela. tapi tak pernah dapat. Siap kena ugut dgn family. Dorang kata, kalau nak bela, jangan masuk umah. tsk~]

8. Suka gaduh ngan ayam, itik, angsa, kucing & hamster yang ada di rumah.

9. Suka nyakat angsa & kucing.
[Sebab dorang takut dengan momok. Dah terbiasa ugut mcmtue dr dorang kecik. teeeheee~]

10. Pernah jadi tomboy. Tapi sekarang dah perempuan sikit. Sikit je pun. Sifat kasar masih menebal lagi. ~

11. Dulu suka panjat bukit belakang umah. Even abah cakap kat belakang tue ad ular la, lipan la, kalajengking la...R
umah kampung best woo~ Adventure sangat. Tapi sekarang dah tak panjat dah.
[Errrr~ balik nie nak panjat balik la]

12. Pernah berbalah dengan umi abah sebab nak join PLKN. Sampai mintak tolong mak/ayah sedara buat back-up to make sure dapat g PLKN. Malangnya, tak berjaya. So, plan terakhir, mintak tolong nenek terus. haha~ Nasib baik berjaya.

13. Pernah ponteng sekolah (form 6). Sebab masa tue mmg tamau pakai baju sekolah dah. Rase macam hek e le... ntah pape je pakai uniform sekolah... Datang sekolah pukul 8. Pukul 11 dah cabut lari. Lalu depan pak guard jugak. Pak guard tatau nk buat ape dah. heeee~

14. Pernah panjat pagar sekolah sebab tamau jalan jauh nak pergi kelas tambahan. Panjat ramai2. Budak lelaki pon ada sekali. Kantoi ngan Pak Guard. Yang buat sakit hati, budak lelaki dia lepas pulak kan... Budak perempuan dia tahan. Haaaa~ Ape lagi, bertaki la weh. Siap ugut PaK Guard lagi nak report, report la.. tapi saya cakap ar budak lelaki pon ad join jugak.apesal dorang tak kena??
[mase form 3 dan saya seorang pengganas mawas pengawas. ]

15. Saya anak perempuan. Tapi abah train saya ala2 macam anak lelaki. Saya dibenarkan rempit-ala-kadar, drift-ala-kadar, marah-orang-ala-kadar dan juga dikerah tenaga untuk membuat kerja2 berat. Contoh?? Angkat almari & moto naik atas lori. Baiki atap rumah. Bela sebarang kerosakkan elektrik yang minor, cat umah bagai... panjat sana sini... aaaa~ banyak lagi la weh...

Tskk~ banyak sangat dah yang di reveal nieh. Sudah2 la eh. Sambung esok pulak. weee~
babai semua....
:)

Blogger Templates
Daisypath Anniversary tickers

TUAN TANAH KEDAUNG

My photo
Sape nak iklan blog/brg/khidmat dia? Roger aku. FREE. Takde hal tolong kawan.
MyFreeCopyright.com Registered & Protected Protected by Copyscape Original Content Checker Creative Commons License