Wednesday, September 29, 2010

Sayang sampai mati

Rasa senang itu tak pernah kekal kan??

Sayang nak lepas rasa yang satu itu, Tapi apakan daya... terpaksa jua...Rasa sayang ini selalu datang... Oke tipu... Selalu datang tetapi hanya orang tertentu je yang dapat hold rasa senang itu....

Pernah jumpa rasa senang yang betul2 menyenangkan?? Oh, bukan bercerita tentang cinta. Aku bercerita tentang rasa yang di awangan. lain dari rasa cinta tau...

Rasa senang yang satu itu aku dapat 3 tahun yang lepas. Rasa senang yang betulbetul menyenangkan.... Tak boleh di ungkai dengan satu perasaan yang biasa. Dia ada bila aku perlu. Dan dia tetap di situ bila aku jemu... Pendek kata, dia mmg ada untuk aku.

Tau tak?? Aku rindu zaman kita bergelak ketawa... bersepak mesra... ye, sepak... aku memang suka sepak kau... Cubit kau... Kalau tak lebam, x sah kan?? sampai kau kata

"Lebam ni boleh buat ubat hilang rindu kat kau. dah la cubit macam ibu aku..."

Agung sangat perasaan yang satu itu. Perasaan bilamana kau disama-tarafkan dengan ibu kepada mereka. Ibu yang mereka sayang. Yang mereka damba. Yang mereka bisa mati tanpanya..

Kau buat aku sayang kau. Sayang kau sampai mati. Walau sekarang kau buat aku patah hati. bernanah...busuk...
Aku tetap sayang kau...

Kau ingat tak bilamana kau mula menggenggam cinta yang kau damba? Aku gembira untuk kau. Sungguhsungguh aku gembira tapi dalam masa yang sama aku dengki. Ya, aku dengki. Sebab aku tahu, perhatian yang dulunya untuk aku akan beralih arah. Tiada lagi sayang sepenuh hati macam dulu. tipu kalau kau kata ada. Aku boleh rasa bila rasa sayang kau pada aku berkurangan.

Kau dekat dengan aku sekarang tapi kau tetap jauh. Bila cinta kau bermasam muka dengan aku, kau pon turut serta. Kecil hati aku, kau mana ambil tahu sekarang ini... Asalkan kau dengan cinta kau. Itu yang penting. kan?? Aku cakap betul kan??

Xpe la... Aku tahu dan aku yakin yang kau ingat masamasa kita berdua, bersama, menggila. Itu yang penting. Ingat precious memories kita dan aku boleh mati dengan senang nanti. :)


Sekarang, rasa senang itu hadir lagi. Tapi bukan kerana kau. Bukan... Tapi aku janji kau rasa senang yang terbaek pernah aku rasa. Janji!!

Aku senang dengan dia. Sumpah senang. Tapi macam yang aku jangka, senang aku tak akan pernah berpanjangan. Takpe. Asalkan dapat merasa. kan?? :)


Awak, terima kasih atas rasa senang yang awak bagi. Walau sekejap, saya hargai. Terima kasih sangat. Pesan saya, jangan selalu bagi rasa senang seperti ini kepada orang lain. Takuttakut mereka label awak playboy pulak. Saya tak suka... saya sedih... sebab saya tahu awak tak macam tu. Saya je yang terlebih rasa senang dengan kehadiran awak.

Angels, terima kasih atas kehadiran kamu semua. Along sayang korang sangat2!! Sayang sampai mati.... Korang dah jadi nadi dalam hidup along. Jangan pernah sekali mencuba untuk menghentikan nadi along ini ya. Kuatkuat along kerana kamu berlapan. Teguh pendirian along sebab kamu berlapan jugak.

TUAN TANAH KEDAUNG

My photo
Sape nak iklan blog/brg/khidmat dia? Roger aku. FREE. Takde hal tolong kawan.