Wednesday, November 17, 2010

#8

Day 08- Short term goals for this month and why.

Saya hanya nak kerja untuk belanja hari2.
So that, saya x payah nak mintak duit blanja kat sapa2.
Kan??
Kan??
:)
Saya nak kumpul duit.
Nak beli lense baru.
Jeles saya tengok orang lain ad lense yang lebih power.
tsk~tsk~
Sabar haulahati. Sabar. Allah bersama dengan orang yang sabar.

Harap sangat segala usaha saya selama ini akan berhasil.
Moga2 result saya dan kawan2 yang lain adalah seperti yang diharapkan.
Amin~
:)
Blogger Templates

#7

Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.

Tsk~ Quest gile babi la menyayat hati.
Dah banyak kali dah saya post entri yang ala2 mcmnie.
Sila la roger balik entri lama.
Bukan malas untuk menaip.
Cuma saya rasa sedih saya tiada penghujung kalau ingat kat dia.
Sekali sekala bayangan dia punca kekuatan saya.
Tapi kehadiran saya banyak mengajar saya erti hidup di dunia yang penuh pancaroba.
Bila lagi nak belajar kepayahan hidup kalau bukan dari usia mentah.
kan??

Nah, saya sertakan sekali entri mengenai dia.
Ya...Ya... dah ad gambar sekali.
X payah tanya gambar baru.
Tamau jadi stalker dah.
:(


Blogger Templates

#6


Day 06- Favorite super hero and why?

Super hero ini boleh orang ka kartun ka?? hoho~
Saya kasi pilih itu kartun juga boleh ka??


Superhero saya adalah Ninja Turtle!!
yeah!!

Errrrr~ Saya tatau nak explain cane...
Tapikan. orang kata, kalau kita suka apa2, kita tak perlukan sebab/alasan untuk menyukai. hoho~
So, saya guna alasan ini abang halim!!!

p/s: saya ad bantal peluk gmbr ninja turtle la kalau nak tau. Anda ada?? mesti tade.
Bluwek!!!
:p


Blogger Templates

Sunday, November 14, 2010

#5

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.

Tiap-tiap tahun kami pergi Cameron. Baru2 nie, mase 17.10 naik Cameron, pastu, masa deepavali naik lagi. Skang nie tunggu Christmas plak eh.Kiraorang akan berjimba kat sana sela 4-5 hari. Nie memang aktiviti tahunan kitaorg. tiap2 tahun mmg pergi Cameron je.

Taknak pergi tempat lain ke? X bosan ke pergi tempat yang sama??

Pernah pergi tempat lain tapi turn out to be percutian itu telah membuatkan kami penat yang lain macam + memudaratkan kesihatan & juga proses meng'tan'kan kulit secara berjemaah. hahaha~ :D. Kitaorg punya aktiviti tahunan ini bertujuan untuk berkumpul beramai-ramai, tido puas2, makan banyak2... tue je... memang rilek gile2 ah... :)

Arrr~ silalah tengok vids di bawah. Saya dah siap edit baek punye... pastu masa nak upload, tetibe x boleh. sakit hati kan?? Kentot betul la.... Sudahnya, segala pic yang telah sempurna diedit oleh pengedit amatur ini telah di compile menjadi sebuah vids. Sila tengok dan terima seadanya ya.

p/s: Gambar masa g Cameron during Deepavali banyak yang korup. sakit hati x sudah. Takpe, kita tunggu beratus2 gambar masa Christmas plak eh. Adiosa.
:P


video



Blogger Templates

Saturday, November 13, 2010

#4

Day 04- A habit that you wish you didn’t have.

Saya punya perangai kurang senang yang agak banyak.
Cuma saya berharap yang saya xda perangai GIGIT KUKU...
Ye, gigit kuku ye kawan2..

huuu~

okeh, blogspot malam nie macam xnk bg saya menaip banyak2. sakit hati tau..
:(

Blogger Templates

Friday, November 12, 2010

#3


Day 03- A picture of you and your friends.

Tsk...Banyak sangat gambar saya ngan kengkawan saya. Masing2 punya kenangan yang berbeza weh~ xpe, saya pilih yang paling best je....

*Drumroll*

Dari kiri-kanan
Yob, Jane, Pika, Zira, Teera, Tuan empunya blog, Ecah, Sima & Fendi.

Ini gambar mase Family Day dekat Pangkor haritue...
100% ditanggung oleh pihak fakulti..
Weehu~
Terima kasih pada Pengurus projek dan seluruh ahli projek yang bertanggungjawab.
:)

Dorang nie sebenarnye, adik-adik saya yang mereng saya sayang...
Mula kenal dari mula2 masuk Uitm lagi...
Skang kitaorg nie bru habes sem 2..
fuhhh~ lega gile dah habes paper...

Tak nak cerita ke pasal dorang??

Oke, mari saya mula penceritaan mengenai mereka...

Yob tue nampak je skema royon gitu...Sebenarnye dia koya!!! erk~ matila kena marah gan yob... Dia nie pesen rilek2 je tapi kalau dia sentap, nampak sangat weh.... Bila tanya, xnak ngaku.. hohohohoh~ Yob, along nie bukannye baru kenal awk... lama dah tau kenal awak. faham sangat perangai awak...

Jane nie pulak asal dari Sarawak. The one & only yang non-muslim. Tapi dia oke je. Hormat kitaorg yang muslim nieh. Sebab kakak dia ada sorang yang dah convert. kan Jane kan?? Jane nie, kitaorang suka usik dia, sebab dia nie pesen melawan balik. Tapi kadang2 x tahan gak, rase nk sumbat mulut dia dengan pape semata2 nak bagi dia senyap. hahah~ Jangan Marah ye Jane. ngeeee~

Pika nie pulak aaaa....hurmmmm~ cane eh nak cakap.. Aaaaaaa~ dia nie pesen kalau nak marah, bagi je sebijik. Ganas weh minah nie. Ikot suka dia je nak wat pape pon. Boleh nampak keganasan dia tue bila dia ad kt kedai makan. Kalau lambat sket, mmg dia tunjuk habis kegangsteran dia tueh.. hohoho~

Zeera.... Oih.... dia nie nampak je senyap. Tapi dia kepochi tau tak??? huahuahuahua~ Dia nie kira makcik lawak dalam group kitaorg... Sekali dia buat lawak, mmg susah la dia nak berhenti. Ouh, dulu2 dia selalu kena ngan kitaorg sebab dia nie ala2 blur sket, tapi skang susah sket la sebab dia dah pick up dr dulu. Bagus kan?? Ad peningkatan. :D

Teera yang rock tapi hati halus. Huh...jangan tak caye lak stetmen saya itu. Belum g tengok lagi blog dia yang berbahasa itu. Seronok sangat bila baca. Sampai terbawak2 emosi bila membaca entri dari blog dia. Dia kasar tapi dia baik hati. Pastue kan, saya suka kacau dia sebab dia takut bila kena usik tentang hal yang satu. Dia punya adik lelaki yang chumel sangatttt~ Tapi sayangnya saya ini tidak berapa peramah, so, xde la rapat sangat ngan dia...

Baju merah tue saya.So, xyah cita la eh. Previous entri ad mcm2 cite pasal saya. Nak tahu, sila godek sendiri. :P

Ecah ini kenalnya dari zaman diploma kat KPMIM. Tapi kitaorg setakat 'hye2bye2' je. Lagipun, kitaorg lain geng masa tue. Tapi itu dulu. Skang kamceng dah. heeee~ Rugi kan kita tak rapat dari dulu kan kucah kan?? Haaaa~ Kucah tue nama manja dia... Jangan tanya macamane dapat nama Kucah itu sebab itu rahsia kerajaan mak datin. hohoo~

Yang vouge sangat dalam gambar tue namanya Sima. Dia paling manja. Tapi kadang2 sakit hati ngan manja dia. Rase nak bagi je tamparan kasih sayang. hohoho~ Tipu je sima... Jangan Terasa lak tau. ALong cepuk jugak jap lagi. Sima nie seorang yang addicted to korean stuff. x kira la pape. lagu ke, cerita ke, pelakon ke... mcm2 la yang dia minat.

Haaaaa~ Yang last sekali tue namanya fendi. Dia nie kira macam abang ar dalam group kitaorg. Abang yang kuat potpet. Boleh gitu?? hoho~ Jangan marah tau fen... Along juai hang jap g. Fendi nie orang utara, orang kedah. Skang nie slang utara melekat sebab dia la... pekat sgt slangnya.... sampai senior pon suka usik dia guna slang kedah. Dia nie jenis boleh harap tau. Sebab tue la dia jadi class rep.. kan fen kan?? Fendi ni peminat siti nurhaliza. Sikit2 Siti. Sikit2 Siti. Sampai rase nak ajak dia datang umah kt Lipis tue... Boleh bawak dia g tengok umah Siti. Biar puas hati dia haaaa~

Oklah kawan2..Letih dah nak merepek. Semua yang saya tulis di atas adalah based on true story... [wah gituuuuuu]

To Ecah, Sima, Fen, Yob, Teera, Zira, Pika & Jane thanks for accepting for who i am. Sayang korang sampai mati weh!!!


Blogger Templates

Thursday, November 11, 2010

#2

Day 02 - The meaning behind your blog name.

Dulu2, blog nie dinamakan sempena nama sendiri. Pertukaran baru je dilakukan baru2 ini. Sebab ramai sangat yang nama Farah Diana. bukan tak suka nama sendiri tapi bila dah ramai sangat yang punya nama yang sama, automatik nilai tue tak tinggi sangat. Nilai amende plak kan?? Maksudnya disini, nanti ad orang salah faham dengan blog lain. So, saya tukar la jadi Haula Hati.

Kenapa Haula Hati??

Haaa.... Ini ramai gak yang bertanya. Haula Hati = Rasa Hati. Kalau guna Rasa Hati, nampak dull sangat kan?? Macam direct terus ke makna yang ingin disampaikan. So, Haula Hati digunakan untuk membuatkan kamukamu semua terfikir2 makna sebenar Haula Hati. Lagi satu, sebutan Haula Hati lagi best kan kalau nak dibandingkan dengan sebutan Rasa Hati??heee~

Asalnya nama Haula Hati nie adalah salah satu dari entri yang ad dalam blog nie.

Mana dapat idea nak buat entri tajuk Haula Hati??

Saya ini sebenarnye seorang yang suka kaji kamus. Tak kira la kamus apa. Tapi selalu obses dengan Kamus Dewan la. heee~ Jangan tanya kenapa obsess tapi dah dari kecik centu. tak tau kenapa.... Bila jumpa perkataan yang jarang guna @ x pernah jumpa, memang saya akan conteng perkataan tersebut dalam buku khas... Pastu, bila ad masa, akan belek balik buku tue... Itulah punca guna Haula Hati..

Kata ada entri, mananya??

Haaa~ nak baca?? Sila la click sini. Jangan pening tau baca entri tue sbb bhasa dia agak sastera sket... huhuhuhu~

Ok, tue je la kot. Eh, lupa nak bagitau.
Saya dah habis final exam!!!
weeee~
:)

Blogger Templates

Wednesday, November 10, 2010

#1


Mari mulakan hari ini dengan cabaran yang di ambil dari blog Kak Dayu.

Day 01 -A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Gambar diambil pada 1 Nov baru2 nie. Sambut besday ngan nugget + drummet & air choc. Takde masa nak kuar. Sibuk ulangkaji pelajaran. kononnye la...


So, mari kita teruskan dengan sesi penyahtinjaan mengrevealkan fakta.

1. Saya garang.
[berpuluh kali la ulang perkara yang sama]

2. Saya suka bersastera.
[blog nie pon more to luahan perasaan dengan menggunakan laras bahasa yang agak susah untuk difahami.]

3. Obses dengan handphone, laptop, camera, sling bag & sneakers.

4. Saya punya impian untuk cuba bungee jumping.
:)

5. Pantang orang cari pasal, darah memang mendidih je.

6. Nampak je kental, tapi jiwa halus.
[dah nama pon perempuan.kan?]

7. Suka sangat dengan reptilia especially ULAR. & jangan pernah cuba untuk nyakat saya dengan menggunakan ulat sampah. Ye, ulat sampah. saya geli!!!
[dr dulu mintak nk bela. tapi tak pernah dapat. Siap kena ugut dgn family. Dorang kata, kalau nak bela, jangan masuk umah. tsk~]

8. Suka gaduh ngan ayam, itik, angsa, kucing & hamster yang ada di rumah.

9. Suka nyakat angsa & kucing.
[Sebab dorang takut dengan momok. Dah terbiasa ugut mcmtue dr dorang kecik. teeeheee~]

10. Pernah jadi tomboy. Tapi sekarang dah perempuan sikit. Sikit je pun. Sifat kasar masih menebal lagi. ~

11. Dulu suka panjat bukit belakang umah. Even abah cakap kat belakang tue ad ular la, lipan la, kalajengking la...R
umah kampung best woo~ Adventure sangat. Tapi sekarang dah tak panjat dah.
[Errrr~ balik nie nak panjat balik la]

12. Pernah berbalah dengan umi abah sebab nak join PLKN. Sampai mintak tolong mak/ayah sedara buat back-up to make sure dapat g PLKN. Malangnya, tak berjaya. So, plan terakhir, mintak tolong nenek terus. haha~ Nasib baik berjaya.

13. Pernah ponteng sekolah (form 6). Sebab masa tue mmg tamau pakai baju sekolah dah. Rase macam hek e le... ntah pape je pakai uniform sekolah... Datang sekolah pukul 8. Pukul 11 dah cabut lari. Lalu depan pak guard jugak. Pak guard tatau nk buat ape dah. heeee~

14. Pernah panjat pagar sekolah sebab tamau jalan jauh nak pergi kelas tambahan. Panjat ramai2. Budak lelaki pon ada sekali. Kantoi ngan Pak Guard. Yang buat sakit hati, budak lelaki dia lepas pulak kan... Budak perempuan dia tahan. Haaaa~ Ape lagi, bertaki la weh. Siap ugut PaK Guard lagi nak report, report la.. tapi saya cakap ar budak lelaki pon ad join jugak.apesal dorang tak kena??
[mase form 3 dan saya seorang pengganas mawas pengawas. ]

15. Saya anak perempuan. Tapi abah train saya ala2 macam anak lelaki. Saya dibenarkan rempit-ala-kadar, drift-ala-kadar, marah-orang-ala-kadar dan juga dikerah tenaga untuk membuat kerja2 berat. Contoh?? Angkat almari & moto naik atas lori. Baiki atap rumah. Bela sebarang kerosakkan elektrik yang minor, cat umah bagai... panjat sana sini... aaaa~ banyak lagi la weh...

Tskk~ banyak sangat dah yang di reveal nieh. Sudah2 la eh. Sambung esok pulak. weee~
babai semua....
:)

Blogger Templates

Monday, November 8, 2010

Impossible

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did
And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did
And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know
Thinking all you need is there
Building faith on love is worst
Empty promises will wear
I know (i know)
And know when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them




Blogger Templates

Friday, October 29, 2010

Pertukaran Alamat


Nah,
Dikembalikan semula rumah saya yang serba kekurangan..
Cuma kali ini berlainan alamat...
Sudi-sudilah singgah ke teratak ini berulang kembali...
:)

Maafkan tuan empunya diri kerana terlalu lama me'anak-tiri'kan rumah yang satu ini.
Banyak hal-hal dunia yang perlu diuruskan...

Sebagai pengganti, saya selit sekali gambar tuan empunya rumah..
Motiff??
Ouh, sekadar suka-suka.
Atau mungkin sekadar mencari populariti kosong.
Haha~


Gaya kami tidur sama kan??
:D

Blogger Templates

Wednesday, September 29, 2010

Sayang sampai mati

Rasa senang itu tak pernah kekal kan??

Sayang nak lepas rasa yang satu itu, Tapi apakan daya... terpaksa jua...Rasa sayang ini selalu datang... Oke tipu... Selalu datang tetapi hanya orang tertentu je yang dapat hold rasa senang itu....

Pernah jumpa rasa senang yang betul2 menyenangkan?? Oh, bukan bercerita tentang cinta. Aku bercerita tentang rasa yang di awangan. lain dari rasa cinta tau...

Rasa senang yang satu itu aku dapat 3 tahun yang lepas. Rasa senang yang betulbetul menyenangkan.... Tak boleh di ungkai dengan satu perasaan yang biasa. Dia ada bila aku perlu. Dan dia tetap di situ bila aku jemu... Pendek kata, dia mmg ada untuk aku.

Tau tak?? Aku rindu zaman kita bergelak ketawa... bersepak mesra... ye, sepak... aku memang suka sepak kau... Cubit kau... Kalau tak lebam, x sah kan?? sampai kau kata

"Lebam ni boleh buat ubat hilang rindu kat kau. dah la cubit macam ibu aku..."

Agung sangat perasaan yang satu itu. Perasaan bilamana kau disama-tarafkan dengan ibu kepada mereka. Ibu yang mereka sayang. Yang mereka damba. Yang mereka bisa mati tanpanya..

Kau buat aku sayang kau. Sayang kau sampai mati. Walau sekarang kau buat aku patah hati. bernanah...busuk...
Aku tetap sayang kau...

Kau ingat tak bilamana kau mula menggenggam cinta yang kau damba? Aku gembira untuk kau. Sungguhsungguh aku gembira tapi dalam masa yang sama aku dengki. Ya, aku dengki. Sebab aku tahu, perhatian yang dulunya untuk aku akan beralih arah. Tiada lagi sayang sepenuh hati macam dulu. tipu kalau kau kata ada. Aku boleh rasa bila rasa sayang kau pada aku berkurangan.

Kau dekat dengan aku sekarang tapi kau tetap jauh. Bila cinta kau bermasam muka dengan aku, kau pon turut serta. Kecil hati aku, kau mana ambil tahu sekarang ini... Asalkan kau dengan cinta kau. Itu yang penting. kan?? Aku cakap betul kan??

Xpe la... Aku tahu dan aku yakin yang kau ingat masamasa kita berdua, bersama, menggila. Itu yang penting. Ingat precious memories kita dan aku boleh mati dengan senang nanti. :)


Sekarang, rasa senang itu hadir lagi. Tapi bukan kerana kau. Bukan... Tapi aku janji kau rasa senang yang terbaek pernah aku rasa. Janji!!

Aku senang dengan dia. Sumpah senang. Tapi macam yang aku jangka, senang aku tak akan pernah berpanjangan. Takpe. Asalkan dapat merasa. kan?? :)


Awak, terima kasih atas rasa senang yang awak bagi. Walau sekejap, saya hargai. Terima kasih sangat. Pesan saya, jangan selalu bagi rasa senang seperti ini kepada orang lain. Takuttakut mereka label awak playboy pulak. Saya tak suka... saya sedih... sebab saya tahu awak tak macam tu. Saya je yang terlebih rasa senang dengan kehadiran awak.

Angels, terima kasih atas kehadiran kamu semua. Along sayang korang sangat2!! Sayang sampai mati.... Korang dah jadi nadi dalam hidup along. Jangan pernah sekali mencuba untuk menghentikan nadi along ini ya. Kuatkuat along kerana kamu berlapan. Teguh pendirian along sebab kamu berlapan jugak.

Sunday, August 15, 2010

Boikot punya hal.

Saya rindu awak. tapi awak x balas msg saya. saya jadi saket hati. Rase macam nak gigit orang plak.Pas2, saya rase saya nak boikot awak. Boleh kan? Sbb awak buat saya rindu awak sgt2.

Awak marahkan saya?? Boikot saya??

Haah. Marah sangat. Saya boikot la.

Tapi, apa salah saya?? Nak kena buat surat tunjuk sebab ke?



P/s: sekali sekala jadi budak2 hingusan akan membuat kita terbuai oleh perasaan. Tapi x elok dibuat selalu. haha~

Thursday, July 22, 2010

Jangan bimbang sayang

Bagi aku rasa kembali rasa enaknya perasaan yang satu itu....
Biar apa pun yang orang akan lemparkan, aku langsung tak akan ambil peduli...
Siapa mereka untuk mempersoalkan hidup aku yang sememangnya telah ditentukan oleh Dia yang satu itu?

Sampai bila mereka mampu berbicara tentang orang lain..
Persetankan sahaja...
Lambat laun pasti senyap...
Mulut seperti seakan-akan di gam...
Senyaplah mereka nanti...

Aku tunggu kau ye....
Tunggu sampai kau datang...
Tunggu sampai kau itu, aku yang punya.
:)

jangan bimbang sayang,
dimana ku berada, dengan siapa ku bersama,
jangan bimbang ku tetap kau yang punya...


Thursday, July 15, 2010

Kebodohan yang ditundingkan kepada orang lain sebenarnya kebodohan yang kau sendiri buat...

Aku tak faham dengan perangai sesetengah perempuan yang bagai gunung berapi nak meletup bila ada perempuan lain approach pakwe dia....

sedangkan dia sendiri ada jantan lain, bermsg2 bagai... bersayang2 bagai....

salah kau, kau tak nampak...
salah sebesar zarah milik dia, kau nampak pulak kan??

Kesian kat lelaki tue...

Ahhh.... kau jangan nak sengih-sengih plak bila kau baca stetment aku... lelaki pon sama gak... ad yang macam perempuan nie kan??

Pendek kata,
bila lelaki tue benar2 jujur, perempuan buat hal...
bila perempuan benar2 jujur, lelaki plak buat hal...

so, tak payah nk tunding2 jari kat org lain la weh...
satu jari kau tunjuk kat org, 4 jari lain tuju ke kau sebenarnye....

Wednesday, July 14, 2010

Kau apa tahu....

Setiap bait..
Setiap lirik...

Tiada satu pun yang gagal menggetarkan hati aku...
Gegaran yang maha...
*Kau bukannya tahu macamana*

Bahkan setiap alunan melodi itu...
Aku rasakan ianya sama dengan melodi yang biasa aku dengarkan tiap hari, tiap malam, tiap ketika...
*Kau takkan tahu*

Yang kau tahu...
Aku ini traitor...
Traitor yang kau fikir seharusnya dibunuh...
Dicencang...
Dilumatkan...
Di biarkan berulat...
*Kejam kan kau??*

Yang kau tidak tahu....

Aku seringkali ingatkan kau...
rindukan kau...
gilakan kau...

Kalau kau tahu pun, kau katakan aku cuma berlakon kasihkan kau...

Tahi!
Itu bukan lakonan..
Itu yang sebenarnya...

Kau apa tahu?

Sunday, July 4, 2010

New Sem, New Hope :)



Esok dah mula la episode pembelajaran semester dua...
Harap2 kali nie semuanya akan diharungi dengan jayanya,...
InsyaAllah...

p/s: Adik2 junior.. selamat datang ke dunia instructional.. Dunia yang penuh misteri,gelak tawa dan keseronokkan... (itupon kalau korang tak jumpa dgn senior yang kekwat... oppppsss!!!) heee~ InsyaAlah semuanya akan ok. Kami sudi membantu anda yang berada dalam kesulitan... :)
:)




Thursday, July 1, 2010

ukays emo part 2

sekali lagi nak emo...

apesal la datang balik hari ahad nie??
orang dh ad kt shah alam la weh...
T_T

p/s: sokmo jadi gitu... gile sedih...

Wednesday, June 30, 2010

Ukays emo


Setakat budak nyanyi lagu disana menanti , disini menunggu sumbang tak bole tarik pon ko dh ckp sedap....
baik tapayah...
lagu tue makanan aku je weh...

p/s: emo tadapat nyanyi ngan vokalis baru kumpulan ukays.... dem!!!

p/s/s: tape. aku tetap sokong ukays... *haih*

Monday, June 28, 2010

Ashraf Muslim oh Ashraf Muslim....

Ariel peterpan dah jadi ariel peter porn dah skang nie...
siap menyerah diri la kan...
kisah dia mem'porn'kan diri tue toksah cite la...
takyah la korang pandir2 nk mencari video dia ngan perempuan2 itu..
tak baek oke.....


eh, entru tade kena mengena ngan tajuk..
teeeheee~
:P

Aku rase peminat Ashraf muslim nie mmg ramai ar...
betol weh...
tiap2 hari aku check keywords untuk nuffnang je mesti ad nama dia...
hari nie ad gak...
tapi hari nie ad nama lain plak..
nama kak ella sandera,...
nie mesti kes dorang nie baca entri pasal aku nyaris dapat wat practikal training ngan kak ella sandera...
mase tue dia nk g shooting ke perak rasenye...
dia msg aku, tapi aku TERPAKSA tolak ar tawaran dia sbb aku dah terima tawaran untuk buat praktikal kat Kementerian Luar Negeri kat Putrajaya nun....
huuuuu~

eh, rase macam tade pape nk merepek lagi.. k la ek... nk g jalan2 berblog-walking jap...
mau jumpa teman2 blog... daaa~ :D

Friday, June 25, 2010

Karnival Lipis 2010

Mula2 nak bagi info sket pasal Karnival Lipis nie...
*semua info dpt dari laman sesawang Majlis Daerah Lipis*

Merupakan acara tahunan bulan Julai di Daerah Lipis mulai tahun 1992 dan telah dimasukkan ke dalam kalendar Pelancongan Negeri Pahang...

Matlamat/Objektif

*Untuk mempromosikan Daerah Lipis sebagai destinasi pelancongan
*Memperkenalkan produk Daerah Lipis
*Memberi peluang kepada peniaga dan usahawan
*Memperkenalkan kebudayaan daerah Lipis kepada orang ramai


Ape yang menariknya esok??
Haaa... meh sini nak bitau nieh...
Macam2 aktiviti ada esok...
Meh saya senaraikan aktivitinya ek...

6.30 - 9.30 pagi
Hot Air Ballon
Lokasi: Dataran Lipis


9.00 - 11.30 malam

*Ekspo Jualan/ Pameran Jabatan
*Petting Zoo
*Taman Arnab

7.15 - 9.00 pagi
Persembahan Poco-poco 1 Malaysia
Lokasi: Dataran Lipis

9.00 - 11.00 pagi
Pertandingan mewarna kanak-kanak tadika
Lokasi: Dewan Pahang Club

Pertandingan Fotografi dan Melukis
Lokasi: Dataran Lipis

9.00pagi - 6.oo petang
Pertandingan Futsal / Bola Jaring
Lokasi: Dataran Lipis

Heritage Walk
Lokasi: Sekitar Bangunan Bersejarah Lipis

9.00 - 11.30 malam
Majlis Perasmian Karnival Lipis 2010
Persembahan Kebudayaan
Lokasi: Dataran Lipis

Nie baru hari pertama....
Karnival nie berlangsung selama tujuh hari tau...
Macam2 ad nanti...
Kumpulan Ukays pon ad dtg buat persembahan nanti...
*huih... terkinja-kinja sensorangkejap*


Oke..stop sampai sini...
Belakang dan pinggang saya sakit yang amat sgt dah nie..
T_T
harap esok tak rase dah sakit....
aminnnnn....



Thursday, June 24, 2010

Peluang anda mungkin di Ambank!! :)

*salahkan google sebab gambar pecah2..*

TEMUDUGA TERBUKA

MASA:
10 pagi - 4 petang

TARIKH:
28 Jun - 29 Jun

LOKASI:
Nuzihan Consultancy Sdn. Bhd.
No3-1, Lorong BBKL,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Pahang.

KELAYAKAN:
SPM
STPM
DIPLOMA
IJAZAH

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI
En. Maliki: 019-9599132
En. Faizul : 019-9000944
En. Syariff : 019-9909966

*For those yang berminat, Good Luck!! *
** Ada sesape nak tau jadual Karnival Lipis tak?? Heeee**

Blogspot Dengki!!

Sedap2 tgh menfollow blog orang lain...
dan2 dia kabo...
dah lebih limit....
*dang*

baru follow 300 je kot...
*hampeh!!!*

Wednesday, June 23, 2010

Interview di Ambank

okeh2...
saya ada dapat satu risalah mengenai interview di Ambank Kuala Lipis....
Sape yang berminat??
Tapi mintak maaf la ye..
lupa nak bawak balik...
esok baru saya bg detail...
Sapa2 yg ad dkt area2 sini..
meh la dtg interview...
:)

Karnival Lipis akan diadakan pada 26 jun hingga 3 julai ye...
banyak akticiti menarik akan dilansungkan sepanjang karnival itu nnti...
Jadual dh dapat, tapi tue la...
tertinggal kat kedai...
saya janji esok saya updet...
:)

Buhbye,...nak tido dulu...
:)

Sunday, June 20, 2010

Read More

Oke.....
nak mintak tolong....
sape pandai/ tahu cara nk buat 'read more' kt entry??
bitau farah bole??
:(

Saturday, June 19, 2010

DIGI LIVE MUSIC...

Haaa...
Meh sini....
Nak cite pasal
DIGI LIVE TOUR...

AKu dulu pantang sket ngan 'setan kuning' nie weh...
sebab lagu dia la aku nyampah...
i will follow you... i will follow you...
tobat la...
rase nk hempuk kepala kat dinding setiap kali keluar iklan dia...
*tapi x buat pon... hahaha*

Eh, berbalik kepada topik asal...

DIGI LIVE TOUR

pada sapa2 yang rase sangat suka bab2 live music nie...
boleh la follow2 musik gandingan artisartis fofular...

Ada




Ada juga...


Best tak?? Best tak??
:D

Macamana nak follow DIGI LIVE TOUR???
Haaa....Ini macam...

Best kan??
xde la nak keluar duit ratus riban bagai...
*sukesuke*

Pertandingan pon ada gak weh!!
sapa2 yang berbakat tue leh la join...
lumayan hadiah dia...
nie ha...


lumayan tak??? lumayan kan???
:)

so, kalau nk tau lebih lanjut...
pergi la ke laman web digi...
DIGI LIVE MUSIC

Buffered Earning & Metered Earning

Kali ini nak buat post straight to the point...
ni nak cite pasal buffered earning & metered earning...
dan saya telah menghampakan diri sendiri...

Sebab dulu beria-ia nak dapatkan buffered & metered earning...
bila dah dapat...
takleh pulun...
sebabnya.... TAK ALERT!!!!
*sangat sakit hati dengan diri sendiri*

bila dah ad akaun dengan nuffnang...
rajinrajin la update blog & tgk2 blog org lain...
naikkan traffic...
jangan la semata-mata dtg nk naikkan traffic...
baca la sekali post terbaru dorang....
tak rugi pape...
ye dop??
kan?? kan??

So, pada sesape yang expert bab2 buffered earning and metered earning nie....
boleh bagi apa2 nasihat tak regarding these two matters??
pening & x brape faham sebenarnya....
:(

Oke.... habes dah nak membebel...
*shit! saket hati lagi sebenarnya*

Wednesday, June 16, 2010

Kuih Tako Ibu Mertuaku

Petang tadi cuba buat kuih tako....
ok la tok first timer cam farah nie...
bukannya pakar sgt pon...
tapi stakat nk buat mkn sniri + bagi org terdekat rase boleh la kot...

sila la tgk gambargambar nie...
oh ya, step by step punya gambar mmg takde..
sbb farah nie asyik terlupa amek gambar step by step....
huuu~
nie lapisan bawah...


nie lapisan atas....



nie bila dah siap letak duadua lapisan...


sedap dimakan bila disejukkan...
weeee~
*sila abaikan stokstok air yg ad kt blakang tue...*


Selamat menjamu selera...
Selamat mencuba!!!
:)

Nak resepi??
boleh....

nie esepi yang farah guna tok buat kuih tako nieh...

Bahan

Utk lapisan bawah (hijau):

1 paket 55 g tpg HanQue
1 1/2 cawan gula
1 cawan santan
3 cawan air
jagung dalam tin/ sengkuang cina
1 sudu besar esen pandan

Utk lapisan atas (putih):
1/2 cawan tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan air
1 tsp garam


Cara:
1. Masukkan tepung HanQue, air, santan, gula, esen pandan ke dalam periuk dan kacau atas api sederhana sehingga pekat atau meletup-letup. Masukkan dalam cawan puding atau takungan daun pandan. Jangan lupa masukkan sengkuang cina yang telah didadu dahulu.

2. Masukkan santan, air, tepung jagung dan garam dan kacau atas api sederhana sehingga pekat. Tuangkan atas lapisan hijau tadi.

3. Sejukkan dalam peti ais hingga sejuk dan hidangkan.


resepi telah dipinjam dari Supermom....


SELAMAT MENCUBA!!!
:)

p/s: tittle post nie diambil dari tajuk yang sama dari Supermom... heh~

Pinjaman Ceritera

Pinjamkan aku ceritera itu agar aku bisa merasakan apa yang kau rasa...
Menanti waktu agar aku sendiri merasakannya...
itu adalah mustahil...

Aku pinjam....
Aku tumpang segala kebahagian..
Lalu aku pulangkan kembali kepada kamu.
*Setuju?*

Kerana aku tahu kebahagian itu tetap milik kamu..
dan kebahagian kamu itu tidak pernah mungkin menjadi milik aku.
Dan aku percaya segala kebahagian aku juga tidak akan pernah sama dengan kamu.

Berkongsi kebahagian, mungkin??
Bergantung kepada keadaan.
:)

Sunday, June 6, 2010

Kebodohan untuk Menyanjungi Cinta

Bila mana suatu masa tibatiba datang..
dan tidak semena-mena rasa rindu dan sayang itu datang...
apa yang kau akan buat??

'Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Oh, mungkin juga aku masih mempunyai nombor telefonnya. Aku mungkin akan menghantar teks pesanan menggunakan nombor aku yang tidak pernah dia tahu kewujudannya.'

Apa riaksi dari sidia?

'Oh, dia hanya membalas dengan setenang yang mungkin. Tetapi tidak pula ditanyakan siapa empunya nombor.'

Kau tidak merasakan sesuatu yang kau buat itu sebagai satu 'tindakan bodoh'?

'Pernah. Tapi siapa aku untuk menipu perasaan sendiri?? Cukupcukup dengan segala penipuan yang aku telah buat pada diri aku ini. Aku tidak mahu berterus-terusan menjadi seorang penipu pada diri sendiri. Ianya menyakitkan...'

Pernah dia cuba untuk menghubungi kamu?

'Pernah. Tapi aku tak pernah menjawab panggilannya. Tidak mahu untuk jatuh cinta untuk yang kedua kali pada orang yang sama. Bukan aku tidak mahu. Tapi aku sakit. Aku tinggalkan dia dahulu kerana dia membuatkan aku lupa diri. Aku hanya menganggap hanya dia ada dalam dunia aku. Tiada orang lain. Sedangkan aku mempunya ibubapa, adik, saudara mara, rakanrakan dan sebagainya... Aku tinggalkan dia kerana aku rasa aku tidak mampu untuk memahami dia sebaik mungkin'





Bila...

Bila dah lama tak berblogging...
rindu la... apa la...

bila dh ad depan lappy,
dan terus-terusan boleh menaip...
tiba-tiba ketandusan idea...

bila tgk entry blogger lain yang ada macam-macam cerita,
aku pon tak mahu mengalah nk cerita itu ini...

Bila dah taip panjang-panjang..
terasa pulak yang entri aku nie takda makna...

bila...
bila...
bila....

Thursday, May 13, 2010

Kematian Kekuatan.



Berani untuk memberi kekuatan kepada orang lain tidak bermakna aku berani memberi kekuatan kepada diri sendiri. Seringkali mengalah mengenai soal yang satu itu. Oh, bukan mengalah.

Takut.

Ya, takut itu perkataan yang tepat untuk aku.


Friday, April 23, 2010

from me to me

Maybe you don't deserved to be loved.

p/s: from me to me.

Tuesday, April 20, 2010

Please, be strong.


Kadangkadang terasa seperti mahu sahaja aku memberi bahu ini untuk kau melempiaskan segala kesedihan.

Jangan kau berpurapura gembira sematamata tidak mahu mematikan kegembiraan kami semua.

Cukuplah.

Dengan intipati dan jatidiri aku yang suka memerhatikan orang, aku tahu kau masih lagi bersedih..


Benarkan aku untuk menjadi salah seorang yang berupaya untuk mengembirakan kamu kembali.
Walaupun tidak sehebat yang seorang itu, tapi aku yakin, aku mampu.


Sekurangkurangnya hanya untuk seketika.
Jika itu yang kau mahu.

Please,be strong.

TUAN TANAH KEDAUNG

My photo
Sape nak iklan blog/brg/khidmat dia? Roger aku. FREE. Takde hal tolong kawan.