Saturday, February 5, 2011

Dendang Ketenangan Dunia


Terapi dikala kecelaruan dan kebingunggan hanya kamu.
Hanya kamu dan tiada yang lain.
Mungkin sampai bila-bila.
Mungkin juga sampai mana kau mampu menenangkan aku.




Isu yang satu itu tidak mampu aku tandingi.
Oleh itu, aku tak mampu berkongsi kamu dengan yang lain.
Takut mungkin.
Takut isu-isu besar dunia ini membebankan aku.
Isu dunia yang tidak akan pernah diam.
Tak pernah lekang.

Aku hanya tenang bila bersama kamu.
Tenang dengan bait-bait indah yang kau lontarkan.
Tenang dengan melihat riak wajah mu tika kau melagukan.
Tenang dengan alunan suara mu mendendangkan.

Ikutkan hati, mahu sahaja aku canang kamu serata dunia, serata alam.
Tapi, tak mungkin.
Aku tak cukup kuat.
Tak cukup kuat.

No comments:

TUAN TANAH KEDAUNG

My photo
Sape nak iklan blog/brg/khidmat dia? Roger aku. FREE. Takde hal tolong kawan.